Tabung Haji Umum Kos Tunai Haji 2025, Bayaran Bagi B40 RM15,000 Seorang | Oh! Media

Tabung Haji Umum Kos Tunai Haji 2025, Bayaran Bagi B40 RM15,000 Seorang | Oh! Media

Tabung Haji menerusi satu kenyataan media hari ini memaklumkan pihaknya kekal komited membantu bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadah haji melalui Bantuan Kewangan Haji secara bersasar.

Kali ini, TH memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM261 juta, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan dalam 25 tahun melebihi RM2.8 bilion.

Bantuan dikurangkan sejak 2022

Namun, bantuan ini diketahui telah dikurangkan secara berperingkat sejak 2022 untuk memastikan kewangan TH kekal mampan dan memberi pulangan yang baik kepada pendeposit.

Jelasnya, pendekatan ini selari dengan konsep kemampuan (istito’ah) di mana ibadah haji hanya wajib bagi mereka yang benar-benar mampu.

tabung haji

Jadi, ini merupakan kadar kos yang telah ditentukan Tabung Haji mengikut kategori iaitu B40, M40 dan T20.

Kadar bayaran mengikut kategori

haji

Bagaimana bantuan ini dibahagikan?

  1. Kategori B40:
    • Terima bantuan RM17,300 daripada TH dan tambahan RM1,000 daripada kerajaan.
    • Jumlah bantuan: RM18,300.
    • Bakal jemaah hanya perlu bayar RM15,000 (45% daripada kos sebenar).
  2. Kategori M40:
    • Terima bantuan RM9,800.
    • Bayaran perlu dibuat: RM23,500 (29% daripada kos sebenar).
  3. Kategori T20:
    • Tiada bantuan, perlu bayar kos penuh RM33,300.

Bakal jemaah yang membuat rayuan luar giliran juga perlu menanggung kos penuh haji mengikut konsep istito’ah.

TH berusaha kawal kos haji

tabung haji

Walaupun harga minyak dan kos penginapan di Tanah Suci meningkat, TH berjaya mengekalkan kos haji pada RM33,300 seorang. Ini dicapai melalui kontrak jangka panjang dengan syarikat penerbangan dan perjanjian khas dengan pengusaha hotel untuk memastikan harga lebih terkawal.

Tahukah anda? Kos penginapan, penerbangan, dan caj perkhidmatan merangkumi 87% daripada keseluruhan kos haji. Walaupun ia di luar kawalan TH, lebih 700 jemaah B40 dan M40 memilih untuk membayar penuh atau lebih daripada kadar minima yang ditetapkan. Ini menunjukkan sikap bertanggungjawab masyarakat kita.

Sebanyak 31,600 surat tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 16 Disember 2024. Bakal jemaah perlu memastikan bayaran haji mencukupi dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menerima tawaran tersebut.

#OhmediaNasihat

Perancangan kewangan yang baik adalah kunci untuk menunaikan ibadah haji dengan tenang. Konsep istito’ah mengingatkan kita bahawa kemampuan adalah asas kepada ibadah ini. Usaha TH untuk membantu golongan B40 dan M40 wajar dihargai. Mari kita sama-sama bersedia dengan bijak.


Scroll to Top