‘Syurga’ makanan Pulau Pinang buat warga kota

‘Syurga’ makanan Pulau Pinang buat warga kota

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang terkenal dalam kalangan pelancong dalam negara yang memilih negeri itu bukan hanya disebabkan dan tarikan pantai dan alam semula jadi semata-mata.

Ini kerana paling tidak boleh dilupakan pelbagai pilihan makanan yang enak terutama sekali nasi kandar.

Tidak lengkap rasanya jika bercuti ke Pulau Mutiara jika tidak menjamu selera di restoran nasi kandar.

Di sana juga syurga makanan malah boleh dikatakan di semua tempat makan tular atau terkenal seperti kedai nasi kandar, pasembor, air tingkap, cendol dan laksa yang penuh barbaris dengan orang ramai yang ingin menikmati juadah berkenaan.

Namun sepanjang Julai ini, orang ramai tidak perlu ke negeri utara itu untuk menikmati semua hidangan tersebut. Apa kata, anda memilih Kampung Kitchen iaitu restoran bufet harian di yang terletak di ibis KLCC.

Bermula 1 hingga 31 Julai ini, para pengunjung boleh menikmati Bufet Selera Penang yang mengetengahkan pelbagai hidangan kulinari yang lazat dan diilhamkan dari pelbagai perisa menarik seluruh Pulau Pinang.

Pasembur dan char kuey teow.

Bufet itu menyajikan menu popular makanan jalanan atau street food ikonik di Pulau Pinang seperti nasi kandar, asam laksa, pasembur, char kuey teow, otak-otak, yong tau foo, ais cendol, ais tingkap dan banyak lagi dibawakan secara eksklusif oleh barisan chef berpengalaman.

Lebih menarik apabila menu itu dipersembahkan secara kreatif dengan nama setiap lokasi popular yang begitu sinonim dengan setiap menu-menu ini di Pulau Pinang seperti Jalan Gurney, Jalan Pasar, Padang Kota, Padang Brown dan banyak lagi.

Selain itu, kampung kitchen turut menyediakan pelbagai menu sampingan lain seperti masak lemak ikan parang, itik panggang, ayam masak halia, kari kambing, sup ekor, sayur campur, pai, spagetti dan dim sum.

Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pemanis mulut, kuih dan kek yang ditukar setiap hari sebagai memenuhi citarasa setiap pengunjung di sini.

Lebih menarik, sambil menikmati hidangan, ibis KLCC turut menyediakan persembahan kumpulan Buskers untuk menghiburkan pengunjung sebagai kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Rojak buah Jalan Gurney.

Sementara itu, bufet makan tengahari atau malam ditawarkan pada harga istimewa sepanjang minggu bermula RM59  untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun.

Pada hujung minggu, harga dikenakan  RM79.00 untuk dewasa dan RM59,00 untuk kanak-kanak pada hujung minggu untuk bufet makan tengahari bersama hi-tea atau makan malam.

Diskaun 10 peratus turut diberikan kepada tetamu yang menginap di ibis KLCC dan parkir percuma disediakan kepada pengunjung yang memilih untuk menjamu selera di sini. – MalaysiaGazette