SHAH ALAM: Satu garis panduan yang jelas dan tepat terhadap takrifan kesalahan berkaitan isu agama, bangsa serta institusi diraja (3R) perlu diperkenal bagi membolehkan rakyat memahami kepentingannya.
Garis panduan itu juga diharap tidak berat sebelah dan sebarang pendakwaan dilakukan melaluinya tidak bersifat terpilih.
Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman berkata, garis panduan tersebut penting untuk menentukan sesuatu yang sensitif atau menyinggung mana-mana kumpulan atau etnik yang tidak mempunyai tahap sensitiviti sama seperti kaum lain.
āTanpa garis panduan itu, kekeliruan dan tindakan yang tidak konsisten tercetus sehingga menimbulkan persepsi terhadap favouritism atau ketidakadilan. Malah, individu atau kumpulan tertentu dengan mudah dianggap melakukan kesalahan 3R.
āJusteru untuk menegakkan undang-undang dan keĀadilan, kerajaan perlu memastikan undang-undang terhadap 3R dikuatkuasakan tanpa meĀngira latar belakang dan politik pihak terlibat,ā katanya semalam.
Beliau yang juga Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berkata, garis panduan terhadap isu 3R bukan sahaja dapat melindungi sensitiviti pelbagai pihak, malah meningkatkan keyakinan terhadap sistem perundangan negara.
āSudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu dan membuat dasar jelas yang dalam masa sama dapat meĀningkatkan perpaduan, keyakinan dan mengelak daripada tindakan berpihak serta terpilih dalam penguatkuasaan undang-undang.
āPaling penting, ketelusan dan keadilan adalah kunci kepada keharmonian sosial. Menjelaskan 3R dapat mengelakkan daripada isu tersebut terus dimain dan memastikan layanan sama terhadap semua lapisan masyarakat di bawah undang-undang,ā katanya. ā UTUSAN