Syifa Melvin rimas dengan isteri suka periksa telefon suami – “Jangan biasakan benda ni…”

Syifa Melvin rimas dengan isteri suka periksa telefon suami – “Jangan biasakan benda ni…”

Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin rimas dengan isteri yang gemar memeriksa telefon pasangan mereka kerana terlalu overthinking atau terlalu banyak berfikir tentang kesalahan yang mungkin dilakukan suami.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata demikian dalam soal jawab bersama pengikutnya.

Syifa Melvin rimas dengan isteri suka periksa telefon suami

Syifa Melvin rimas dengan isteri suka periksa telefon

Pada soal jawab tersebut, pengguna media sosial itu berkata dia tidak dapat meninggalkan sikap sentiasa ingin memeriksa telefon suaminya.

“Saya baru kawin satu tahun tapi saya tak boleh kalau tak periksa telefon suami. Ada tips tak supaya tak overthinking?” soal pengguna media sosial itu.

Susulan soalan itu, pelakon berusia 30 tahun itu meluahkan rasa rimas dengan sikap berkenaan disamping meminta agar tidak membiasakan perkara tersebut.

“Boleh tak jangan biasakan benda ni? Periksa telefon, saya rimas sunggu tau. Dah kahwin ke, belum kahwin ke korang ingat benda ni sihat?” ujarnya.

Isteri suka periksa telefon suami, Syifa Melvin rimas

Pada masa yang sama, Syifa turut berkata Allah mempunyai pelbagai cara untuk mendedahkan pasangan sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak elok.

Artikel lain: Safawi Rasid & Syifa Melvin timang anak sulung, pilih nama Saif Sulaiman

“Tak perlu periksa. Kalau dia buat benda tak elok, banyak cara lain lagi Allah akan tunjuk. Korang periksa, periksa, lagi la dia rasa awak tak percaya dia.
“Lepastu dia stress, dia buat betul-betul benda yang tak elok belakang korang. Punca, sebab awak curiga sentiasa je. Jangan cari penyakit, jaga mental sendiri tapi bukan dengan cara macam tu,” tegasnya.

Sekadar info, Syifa mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Safawi Rasid pada 28 November 2022 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Saif Sulaiman.

Sumber: Instagram Syifa Melvin

Scroll to Top