Syed Saddiq Dakwa Difitnah, Nafi Minta Khairul Aming Buat Audit Banjir | Oh! Media

Syed Saddiq Dakwa Difitnah, Nafi Minta Khairul Aming Buat Audit Banjir | Oh! Media

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendakwa dirinya telah menjadi mangsa fitnah satu akaun troll di media sosial.

Akaun berkenaan memuat naik gambar Syed Saddiq di aplikasi X dengan kapsyen kononnya Parti MUDA memberi amaran kepada pempengaruh, Khairul Aming berkenaan misi banjir.

Syed Saddiq difitnah

syed saddiq

Sehingga kini, perkongsian berkenaan telah menerima lebih 700,000 tontonan menyebabkan Syed Saddiq tampil mempertahankan diri.

Saya difitnah. Mohon jasa baik kawan kawan untuk share video ini untuk lawan fitnah jahat mereka. Kepada yang kenal Saudara @khairulaming , please do share this to him. I admire him, why would i ever do that to him. Lawan dengan kebenaran, bukan demi kemungkaran.

Ujarnya lagi, tidak pernah sekali pun pihaknya mengeluarkan sebarang kenyataan negatif terhadap idola anak muda tersebut.

Akaun troll sebar perkara tidak betul

Beliau berkata, akaun troll tersebut sudah banyak kali membuat kenyataan fitnah termasuk terhadap penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau memberi pesanan kepada pengendali akaun terbabit supaya berhenti membuat fitnah untuk mengalih perhatian rakyat.

Beliau turut mengemukakan tiga persoalan kepada pihak kerajaan berkaitan isu banjir yang melanda negara sekarang ini.

#OhmediaNasihat

Tuan badan pun dah tampil jelaskan apa yang tersebar adalah fitnah. Jadi sebagai pengguna media sosial, jangan mudah mempercayai maklumat tanpa fakta. Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab!


Scroll to Top