Syasya Rizal selamat bersalin, pilih nama Muhammad Yassir Hayyan buat anak sulung

Syasya Rizal selamat bersalin, pilih nama Muhammad Yassir Hayyan  buat anak sulung

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat bersalin anak pertama selepas berkongsi khabar gembira itu di media sosial.

Dalam hantaran yang dibuat, Syasya memaklumkan yang mereka suami isteri sepakat memberikan nama Muhammad Yassir Hayyan buat putera sulung yang baru sahaja dilahirkan.

Instagram will load in the frontend.

Syasya Rizal selamat bersalin, syukur diberi amanah oleh Allah S.W.T

Menerusi kapsyen yang disertakan, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23 dia telah menulis kata-kata yang cukup bermakna apabila pernah memohon kepada Allah S.W.T untuk kehidupan yang penuh cinta dan tujuan.

Jadi, dia menzahirkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi apabila dikurniakan kebahagian pada hujung tahun ini apabila menerima amanah cukup besar iaitu seorang cahaya mata.

“Pada awal tahun ini, saya memohon kepada Allah untuk kehidupan yang penuh cinta dan tujuan, sebagai balasannya beginilah cara kita mengakhiri tahun kita,
Alhamdulillah, rezeki dan amanah terbesar buat mama dan baba. Muhammad Yassir Hayyan,” tulisnya.

Syasya Rizal selamat bersalin, kongsi video suami azankan anak

Dia turut menyertakan sekali video sewaktu suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, 23, menggendong bayi mereka yang baru sahaja dilahirkan sambil mengazankannya di telinga.

Syasya Rizal selamat bersalin

Artikel lain: Alami pendarahan, Syasya Rizal hampir lahirkan bayi pramatang

Tahniah Syasya dan suami!

Khabar gembira yang dikongsi Syasya telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga peminat apabila masing-masing tumpang bahagia dengan kelahiran anak pertama pasangan tersebut.

Mereka juga mendoakan agar Muhammad Yassir Hayyan  membesar menjadi anak yang soleh serta mengucapkan selamat berpantang kepada penyanyi itu.

Semoga cahaya mata membesar menjadi anak yang soleh

Selamat berpantang Syasya

Semoga ibu, anak & keluarga sihat selalu

Sekadar info,  Syasya majlis pernikahan dengan Nasrullah dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu dan mengumumkan tentang kehamilannya pada September lalu selepas kandungan memasuki trimester ketiga.

Sumber: Instagram syasya.rzl

Scroll to Top