Syarikat Korea Hadiahkan Pekerja PS5 Pro Dan Bonus RM15K | Oh! Media

Syarikat Korea Hadiahkan Pekerja PS5 Pro Dan Bonus RM15K | Oh! Media

Sebuah syarikat daripada Korea Selatan, Studio Shift Up telah menghadiahkan kesemua 311 pekerjanya permainan konsol Playstation 5 Pro dan diberikan sekali bonus wang tunai berjumlah 5 million won (RM15,432).

Tanda penghargaan dan kejayaan

Kredit foto: X Stellar Blade

Menerusi laporan daripada VGC, wakil syarikat pembangun dan penerbit permainan video itu memberitahu bahawa hadiah dan bonus tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada para pekerja mereka.

Pemberian ini sebenarnya seiring dengan kejayaan luar biasa permainan video Stellar Blade yang dilancarkan oleh syarikat itu pada tahun lalu.

Shift Up turut mendedahkan bahawa permainan tersebut telah mencatat jualan lebih daripada 1 juta unit di seluruh dunia.

Kredit foto: IGN

Syarikat Shift Up yang berpusat di Seoul itu juga terkenal melalui permainan aplikasi di telefon bimbit seperti Destiny Child dan Goddess of Victory.

Bukan kali pertama syarikat bagi PS5

Pada tahun 2021, Shift Up pernah meraikan kejayaan permainan video Project Eve mereka dengan membeli PlayStation 5 untuk 260 orang pekerjanya.


Scroll to Top