“Syaitan Berupa Manusia Cuba Ganggu Kebahagiaan Orang”, Perkongsian Terbaru Noor Kartini Undang Perhatian | Oh! Media

“Syaitan Berupa Manusia Cuba Ganggu Kebahagiaan Orang”, Perkongsian Terbaru Noor Kartini Undang Perhatian | Oh! Media

Baru-baru ini, ibu kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Kartini Noor Mohammed mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik satu hantaran berkaitan isu rumah tangga di Instagram Story miliknya.

Menerusi Instagram, Kartini mengupas tentang bahayanya rasa bosan dan penyesalan dalam perkahwinan, yang disifatkan sebagai racun berbisa yang boleh meruntuhkan sesebuah rumah tangga.

Jangan bagi syaitan masuk dalam rumah tangga

Ibu Neelofa, Noor Kartini tambah pandangan peribadi

Menurut perkongsian itu, rasa kecewa dan tidak puas hati yang dibiarkan berlarutan boleh membuka ruang untuk syaitan mencetuskan kebencian antara suami isteri.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila Kartini menambah pandangan peribadinya.

Kadang syaitan yang berupa manusia cuba ganggu kebahagiaan orang.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa secara langsung, ayat tersebut menimbulkan pelbagai andaian dan reaksi netizen.

Nasihat umum atau luahan tersirat?

noor kartini

Perkongsian tersebut dilihat sebagai nasihat umum tentang pentingnya menjaga keharmonian rumah tangga dan berwaspada terhadap pihak ketiga yang boleh merosakkan kebahagiaan keluarga.

Namun begitu, disebabkan gaya penulisan yang agak mendalam dan penuh makna tersirat, ramai tertanya-tanya apakah Kartini sedang merujuk kepada sesuatu yang berlaku dalam kalangan orang terdekat?

#ApaKataOhmedia

Jangan ambil ringan bila pasangan mula berubah. Kadang masalah bukan besar, tapi jika dibiarkan boleh jadi retak menanti belah. Lindungi rumah tangga dari campur tangan luar dan jaga komunikasi dalam hubungan.


Scroll to Top