Pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan bakal bernikah hari ini.
Memetik Harian Metro, sumber berkata majlis pernikahan pasangan itu diadakan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.
BACA: “Syafiq Selalu Ada Dalam Hidup Saya” – Mimi Lana
“Mereka bakal berkahwin petang ini. Majlis pernikahan akan diadakan di kampung Mimi di Taiping,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata majlis nikah pasangan itu bakal berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui pihak media serta orang luar.
“Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian,” katanya.
Dalam pada itu, perkongsian Mimi dan Syafiq sebentar tadi menguatkan lagi spekulasi berkenaan apabila memuat naik gambar memaparkan cincin.
Selain itu, perkongsian ibu Syafiq iaitu Rohaya Sulaiman di Insta Story turut memberi bayangan ada sesuatu yang bakal berlaku.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan kami,” katanya.
SUMBER: Harian Metro