Syafeek Ikhwan nafi suka sejenis & putus tunang, terkejut nama dipetik netizen

Syafeek Ikhwan nafi suka sejenis & putus tunang, terkejut nama dipetik netizen

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai seorang penyanyi lelaki BBNU didakwa telah putus tunang dan kini sedang membawa diri ke luar negara ekoran perkahwinan yang dirancang dibatalkan.

Bukan itu sahaja, penyanyi tersebut dikatakan membawa diri ke luar negara selepas ‘kantoi’ suka dengan kaum sejenis.

Susulan itu, penyanyi Syafeek Ikhwan menjadi sasaran kecaman netizen memandangkan kebetulan sedang berada di luar negara sewaktu gosip liar itu berkeliaran.

Mana tidaknya, sumber mengatakan penyanyi lelaki berkenaan merupakan pendatang baru dalam dunia hiburan yang dikatakan pernah menyertai program realiti hiburan. Malah, baru sahaja mengeluarkan beberapa single terbahar OST sebuah drama, selain mempunyai rupa paras yang kacak dan juga bersuara merdu.

Terbaharu, memetik laporan OhBulan, Syafeek akui terkejut apabila namanya dipetik oleh netizen berhubung spekulasi tersebut.

“Terkejut juga masa saya baca berita itu. Sebab orang semua pakat komen di gambar saya semasa berada di luar negara. Tambah pula lirik lagu Lafaz tu macam disakiti dan dijadikan OST. Jadi, orang memang ‘aim’ saya,”ujarnya.

Jelas juara pertandingan i-Sing Dunia 2018 yang berlangsung di Paris, Perancis lalu, dia belum pernah bergelar tunang orang meskipun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan.

Oleh itu, agak mustahil penyanyi BBNU yang dimaksudkan oleh netizen adalah dirinya.

“Saya tak pernah lagi jadi tunang orang walaupun beberapa kali pernah gagal dalam bercinta. Jadi, penyanyi itu bukanlah saya,”jelasnya.

Sekadar info, Syafeek baru sahaja mengeluarkan single terbaharu berjudul Lafaz untuk drama berjudul Bukan Lelaki Terhebat yang kini sedang ditayangkan di Slot Samarinda, TV3 dan penstriman iQIYI.

Sumber: OhBulan (Aina Sarah), Youtube, Instagram @syafeek_ikhwan

Scroll to Top