Perkongsian penyanyi Amira Othman menjadi perhatian apabila memuat naik gambar menggayakan baju raya daripada Jakel berwarna ungu sedondon dengan tudung.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Amira yang dilihat kekal dengan imej bertudung labuh sekaligus nampak sopan dan anggun.
BACA: Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin
Namun apa yang lebih menjadi perhatian ramai komen yang ditinggalkan pelakon terhangat, Fattah Amin pada hantaran tersebut iaitu lima emoji hati berwarna biru.
Seperti sudah dijangka, komen Fattah itu mendapat ribuan like dan komen daripada netizen yang memuji ‘keberanian’ Fattah, yang mula mengorak langkah dengan menghantar emoji berkenaan.
Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai Fattah dan Amira. Namun mereka menjelaskan hubungan mereka hanya urusan kerja sahaja.
SUMBER: Harian Metro