Pelakon berbakat besar, Farhanna Qismina Supandi atau nama pentasnya, Sweet Qismina pernah diejek hanya disebabkan tinggal di rumah kedai.
Menurut aktres berusia 27 thun itu, terdapat segelintir individu menyindir dirinya ‘berlakon’ kaya sedangkan menetap di rumah berkenaan.
“Ada yang pernah berkata kepada saya, ‘awak ini acah-acah sahaja berlakon macam banyak duit tapi duduk rumah kedai.’
“Ya, saya memang pernah duduk rumah kedai dulu,”kongsinya dalam sesi podcast Studio Sembang bersama rakan selebriti, Amelia Henderson.
Sweet Qismina pernah diejek
Dalam podcast yang sama, Amelia turut mendedahkan bahawa dia juga membesar di rumah kedai sebelum ini.
“Saya membesar di dalam rumah kedai juga.
“‘Shop house girl!’ Tetapi lihatlah siapa kami sekarang,”ujar Amelia Henderson.
Sweet berkata, dia dan keluarga pernah hidup dalam kemewahan, namun hidup mereka berubah selepas arwah bapa, Supandi Mohammad, meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.
“Saya tidaklah tinggal di dalam sebuah banglo atau lahir dalam keluarga yang berada.
“Tetapi kami bersyukur dengan apa yang ayah saya sediakan, Alhamdulillah. Saya dapat merasa kehidupan sebagai golongan T20.
“Tetapi saya merasa itu semua hanya untuk 11 tahun sahaja, kemudian selepas ayah saya meninggal dunia, saya, ibu dan keluarga kena struggle semula,”kongsi isteri kepada aktor Adam Lee itu.
Instagram will load in the frontend.
Artikel lain: Sweet Qismina percaya, suami takkan ‘menggatal’ di set penggambaran
Terdahulu, Sweet Qismina menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang bapa mentua yang baik, sekali gus mengubati kerinduannya kepada bapa tersayang.
Sumber: IG Studio Sembang