Suspek Utama Bunuh Norshamira Ada Enam Rekod Perjudian

Suspek Utama Bunuh Norshamira Ada Enam Rekod Perjudian

Kejadian tragis menimpa Norshamira Zainal, yang ditemui mati berhampiran Sungai Kuantan masih menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia. Rata-ratanya inginkan pelaku menerima hukuman paling berat kerana lakukan perkara terkutuk ni.

Terkini, pihak polis memaklumkan suspek utama pembunuhan mempunyai rekod jenayah berkaitan perjudian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan bahawa lelaki berusia 53 tahun itu pernah disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Selain itu, suspek juga dikatakan sering berpindah tempat, seolah-olah cuba mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Suspek utama bunuh Norshamira ada enam rekod jenayah lampau…

Video terakhir Norshamira

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, siasatan lanjut mendedahkan suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan perjudian.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat Norshamira di tepi Sungai Kuantan, berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur. Mangsa dipercayai menjalankan perniagaan makanan secara cash on delivery (COD). Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan jenayah pada tubuh mangsa, menimbulkan spekulasi pembunuhan kejam.

Polis akhirnya berjaya menahan suspek sekitar jam 5.30 pagi Sabtu di sebuah rumah di Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu. Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas beberapa barangan milik suspek seperti sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen berkaitan.


Scroll to Top