Seorang lelaki bersama isteri dan empat anaknya berdepan detik mencemaskan apabila dipaksa oleh suspek kes tembakan di pusat beli-belah Setia City Mall untuk memandu keluar dari lokasi kejadian dengan pistol diacu ke arah mereka.
Menurut pemandu Perodua Ativa yang enggan dikenali, mereka sekeluarga diugut suspek selama 45 minit, sebelum akhirnya turun di tepi lebuh raya dan melarikan diri.
Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol dan mengarah saya beredar dari pusat beli-belah di Setia Alam pada hari kejadian.- Katanya.
Suspek tembak dinding sebagai amaran dan buktikan itu bukan senjata palsu…
Mengimbas kembali kejadian Sabtu lalu, mereka sekeluarga baru sahaja selesai makan di restoran dalam pusat beli-belah berkenaan sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.
Pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar. Waktu itu, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Ketika menuju ke tempat parkir, terdengar bunyi letupan.- Katanya.
Pada mulanya, dia menyangka bunyi tersebut adalah bunyi perlanggaran bonggol tetapi ternyata ia adalah bunyi tembakan pistol suspek.
Ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta, suspek muncul secara tiba-tiba dan mengacukan pistol ke arah mereka.
Saya tercengang. Lelaki itu turut melepaskan tembakan ke arah dinding untuk menunjukkan bahawa pistol itu adalah senjata sebenar.- Tambahnya.
Suspek kemudiannya memaksa mereka masuk ke dalam kereta, duduk di bahagian belakang dan mengarahkan lelaki itu memandu keluar dari pusat beli-belah.
Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut. Lelaki itu kemudian mengarahkan saya ke laluan keluar sebelum turun di tepi lebuh raya.- Katanya.
Sebelum melarikan diri, suspek turut mengambil kad memori dashcam, dipercayai bagi menghapus bukti rakaman yang boleh mengaitkannya dengan insiden tersebut.
Suspek miliki 11 rekod jenayah…
Polis mengenal pasti suspek sebagai seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkait jenayah dan dadah.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, identiti suspek berjaya dikenal pasti hasil risikan dan penelitian rakaman CCTV di pusat beli-belah terbabit.
![Suspek Tembakan Setia City Mall Acu Senjata Dan Paksa Memandu | Oh! Media Suspek Tembakan Setia City Mall Acu Senjata Dan Paksa Memandu | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-hafizal-om-featured-new-1200x675-1-1000x600.jpeg)