am@hmetro.com.my
Kuantan: Polis mengesahkan sebahagian barang kemas milik peniaga wanita dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini Khamis lalu sudah digadai suspek.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menggadaikan barang kemas itu di Terengganu.
Katanya, setakat ini, anggaran nilai barang kemas yang digadaikan berjumlah RM30,000.
“Keputusan bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa akibat hentakan di bahagian kepala daripada objek keras atau tumpul dan lemas.
“Siasatan awal juga mendapati motif kejadian lebih kepada melakukan samun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, polis menahan lelaki dipercayai membunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.
Suspek ditahan di sebuah rumah di Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu pada 5.30 pagi.
Turut dirampas bersama suspek ialah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.
Suspek kes peniaga wanita dibunuh ketika COD ditahan
Suspek kes peniaga wanita dibunuh ketika COD ditahan
Suspek kes bunuh peniaga wanita kejam, tidak berperikemanusiaan – Sultan Pahang
‘Setiap hari dia hubungi saya, tanya khabar’ – bapa Norshamira
Polis kesan seorang lelaki berhubung kes kematian peniaga makanan
Peniaga wanita COD makanan dipercayai dibunuh, mayat ditemukan di tepi sungai
© New Straits Times Press (M) Bhd