Usia sudah mencecah 28 tahun, pelakon dan penyanyi Naim Daniel berkata impian terbesarnya sekarang adalah mendirikan rumah tangga serta membahagiakan ibu tercinta, Nora Taher.
Memetik Kosmo, bagaimanapun Naim berkata dia masih menanti bertemu dengan wanita yang dapat menerima diri seadanya.
BACA: Ibu Bapa Naim Daniel Diugut Bunuh
“Impian terbesar saya untuk dijadikan realiti mungkin berbini kot. Buat masa sekarang, saya belum ada lagi (bini).
“Ibu mana yang tak nak tengok anaknya berkahwin dan bahagia. Saya rasa spektrum kebahagiaan baharu buat orang tua adalah nak bagi menantu buat mereka,” katanya.
Sementara itu, Naim mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan mahu sentiasa berkepit dengan isteri tercinta andai sudah berkahwin nanti.
Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika wanita tersebut lebih berusia berbanding dirinya serta mengakui dirinya seorang yang mengada-ngada dan mahu makan bersuap.
“Saya tak kisah orang industri atau sebaliknya. Dan, kalau wanita itu lebih berusia berbanding saya pun, saya okey.
“Asalkan wanita itu nanti faham cara kerja dan tanggungjawab masing-masing, saya okey. Saya lelaki yang mengada-ngada. Makan pun nak bersuap. Susah nak cari bini yang boleh terima budak tiga suku macam saya,” katanya.
SUMBER: Kosmo