Suntikan dana RM1.1 bilion kepada SEB berbentuk pinjaman, bukan dana hangus – PM

Suntikan dana RM1.1 bilion kepada SEB berbentuk pinjaman, bukan dana hangus – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) bukan berbentuk dana hangus, sebaliknya pinjaman yang perlu dibayar semula syarikat itu.

Perdana Menteri berkata, suntikan dana ini akan dijadikan  modal pinjaman supaya pengurusan baharu akan    menguruskan dengan lebih baik dan membayar semula pinjaman itu apabila mendapat keuntungan.

“Apakah dana ini dana hangus? Tidak. Apa yang dilakukan ialah suntikan ini akan dijadikan modal pinjaman supaya pengurusan baharu mudah-mudahan akan mengurus dengan lebih baik.

“Apabila (SEB) mendapat keuntungan, (mereka) membayar semula dana suntikan itu, pulangkan (semula) RM1.1 bilion, jadi ini bukan suntikan dana tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

 

Berita lanjut menyusul

 

 

Scroll to Top