KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan di sekitar Jalan Bukit Bintang di ibu negara hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Muat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, baginda bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang.
Terdahulu, Seri Paduka turut berkenan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.
Anwar turut berkonsikan aktiviti Sultan Ibrahim bersama beliau itu di akaun media sosial miliknya.
āPagi tadi sempat luang waktu bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim beriadah santai sekitar Jalan Bukit Bintang di ibu negara usai sesi menghadap Seri Paduka Baginda untuk mesyuarat mingguan,ā kata Anwar. ā UTUSAN