Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang lelaki yang dipercayai dari Indonesia menegur isterinya yang sedang solat Subuh namun, menyedari insan tersayangnya itu belum mandi wajib telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @jdrp_2810, kelihatan seorang lelaki sedang merakam isterinya yang memakai telekung berwarna merah jambu sedang mengerjakan solat subuh yang dipercayai sudah berada di tahiyat terakhir.
@jdrp_2810 inget enaknya doang 🤣😂 #fypシ゚viral #fyp
Sedar akan isterinya itu belum mandi wajib, dia bertindak menegurnya dan secara tidak langsung, wanita terbabit segera bangun daripada sejadahnya.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan kelihatan terpinga-pinga sebaik sahaja suaminya itu memberitahu yang keadaan dirnya tidak suci untuk mengerjakan solat.
Malah, riak wajah wanita itu seperti kecewa kerana suaminya tidak memaklumkan kepadanya lebih awal sebelum dia mendirikan ibadah wajib tersebut.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama seperti pasangan itu alami ketika membina mahligai bersama insan tercinta.
Bagi mereka, itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh setiap pasangan suami isteri apabila mendirikan rumah tangga.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen memuji kemesraan pasangan itu dimana cara suami menegur isteri dengan penuh sopan telah berjaya meraih perhatian netizen.
Sumber: TikTok @jdrp_2810