Sudah ada bukti kukuh, jiran Ammar Nazhan tak gentar – “Nak saman? bring it on!”

Sudah ada bukti kukuh, jiran Ammar Nazhan tak gentar – “Nak saman? bring it on!”

Baru-baru ini, tular di laman media sosial membabitkan seorang YouTuber Ammar Nazhan yang ingin memfailkan saman kepada mana-mana pihak yang membuat tuduhan palsu terhadap dirinya.

Rentetan daripada peristiwa itu, kejiranan kawasan Lakefront Villa, Cyberjaya teguh dengan pendirian mereka dan tidak gentar dengan kenyataan Youtuber berkenaan yang mahu mengambil tindakan undang-undang.

Ini kerana mereka yakin mempunyai bukti kukuh mendakwa pihak Ammar sememangnya melakukan pelbagai hal yang mengganggu ketenteraman kawasan kejiranan.

“Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Ada bukti video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak tu.

“Saya ready semua bukti-bukti sebelum bagitahu cikgu. Nak saman? Bring it on” tulisnya.

Kenyataan tersebut diberitahu pengadu dan diceritakan semula oleh sorang guru, Mohd Fadli Salleh menerusi sebuah hantaran Facebook miliknya.

Mohd Fadhli berkata, Ammar telah membuat keputusan yang salah kerana seolah-olah mengugut untuk menyaman golongan kelas berpendapatan tertinggi di Malaysia.

“Ammar ni nak gertak orang biasa boleh lah. Tapi nak gertak owner rumah yang mampu beli rumah harga berjuta, golongan T20 yang ada lawyer keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah.

“Sebagai nota, harga rumah Lakefront Villa tu antara range RM2j hingga RM3.7j. Dan jiran dia yang buat aduan tu adalah owner rumah, bukan penyewa.

“Golongan ni takkan buat tuduhan melulu. Mereka dah siapkan semua bukti dan dapat jangka gertakan saman ni akan dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadhli turut mendedahkan komuniti di kawasan tersebut merupakan pemilik yang berkemampuan untuk membeli kediaman berharga jutaan ringgit.

Terdahulu, seorang individu mendakwa YouTuber berusia 27 tahun itu mengganggu ketenteraman kawasan kejiranan dengan membuat bising selain beberapa lagi kejadian yang kurang menyenangkan.

Sumber: Facebook Mohd Fadhli Salleh

Scroll to Top