Subjek Sejarah tak bosan lagi! Program IPIM guna koleksi muzium sebagai pembelajaran

Subjek Sejarah tak bosan lagi! Program IPIM guna koleksi muzium sebagai pembelajaran

Muzium bukan lagi sekadar tempat melihat artifak berhabuk dalam kotak kaca kerana menerusi Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM), pelajar sekolah boleh belajar sejarah secara ‘hands-on’ dengan artifak sebenar dan bukan sekadar dalam buku teks.

Program IPIM guna koleksi muzium sebagai pembelajaran

Menurut satu kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, program anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu dirangka untuk menggabungkan pendidikan formal di sekolah dengan pendidikan tidak formal di muzium.

Program IPIM

Foto hiasan: FB Muzium Negara RASMI

Malah, ia bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara lebih interaktif dan bermakna.

Melalui IPIM, ia menggunakan Rancangan Pendidikan Muzium berdasarkan koleksi (artifak) sebagai bahan pembelajaran, selari dengan kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah serta Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Sejarah.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program tersebut mampu membuka mata generasi muda tentang kepentingan warisan sejarah dan budaya sebagai identiti nasional yang wajib dipelihara.

“Gabungan pendidikan formal dan tidak formal ini akan bantu pelajar lebih faham serta hargai warisan budaya kita. Ia juga membentuk identiti nasional yang perlu kita pertahankan,” katanya.

Program IPIM

Foto hiasan: Bernama

Tambah beliau, pendekatan pembelajaran melalui pengalaman dan deria ini bukan sahaja menarik, malah menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal dan kreatif, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Artikel lain: Perinci hala tuju muzium, Malaysia anjur Simposium Antarabangsa ICOFOM ASPAC

Jom daftar Program IPIM

Sebanyak 41 buah muzium di seluruh negara, termasuk di peringkat negeri dan Persekutuan akan terlibat dalam pelaksanaan program ini yang juga selari dengan aspirasi nilai Malaysia MADANI khususnya dalam aspek hormat dan keyakinan.

Permohonan untuk menyertai IPIM telah dibuka mulai 16 April 2025, dan sekolah yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian melalui laman web rasmi: https://ipim.jmm.gov.my.

Program IPIM

Foto: FB Aaron Ago Dagang

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Pendidikan Muzium di talian 03-2267 1000 samb. 111/166.

Scroll to Top