Pelakon Sharnaaz Ahmad berpendapat suara Fazura tak sedap ketika mempersembahkan lagu baharunya berjudul Bertahan Demi Cinta di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memohon maaf kerana terpaksa berkata jujur berkaitan vokal Fazura yang juga merupakan bekas isteri kepada aktor Fattah Amin.
Suara Fazura tak sedap
Artikel lain: Netizen puji suara Sharnaaz Ahmad menyanyi -“Sedap sikit dari kawan tu”
Dia memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan daripada pengikut berkenaan suara Fazura ketika siaran langsung di aplikasi TikTok.
“Tak sedap, sorry lah kena jawab jujur kan. Berdosa tau tipu, kalau orang kata sedap aku kena jumpa doktor Siva nak check gegendang telinga bermasalah atau tak.
“Dia tu aku rasa kawan banyak sangat mendukung (support), salah kawan dia ni. Dia kena jumpa pembimbing rakan sebaya.
“Aku bukan komen sebab dia pun kawan, sebab nanti dia kena macam ni aku kesian lah sebab kita pun anak seni. Bila tengok anak seni kena hentam, macam kita ni tiada maruah pula,” katanya.
Tambah pelakon filem Juvana itu lagi, penggiat seni sepatutnya membuat persediaan lebih awal dengan menjalani latihan secukupnya sebelum beraksi di khalayak orang ramai.
Suara Fazura tak sedap
“Orang kata nak pergi berperang jangan bawa pensil, sekurang-kurangnya bawa lah pisau ada lah juga walaupun tak boleh membunuh pada jarak jauh tapi kalau dekat kena tikam juga.
“Jadi apa aku cuba maksudkan dekat hampa, kalau kita nak pergi berperang kenalah ada pistol. Tajamkan sikit kena punya senjata.
“Ini tidak, pergi berperang bawa pensil dengan pemadam jadi apa? Nak tulis surat ke?” soalnya.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga menolak dakwaan Fazura sengaja mengaibkan nama tanah air sendiri malah mengakui nyanyian aktres tersebut sangat baik dalam video muzik rasmi di YouTube.
“Aku rasa masa recording aku dengar sedap je weh, aku dengar kat YouTube sedap juga. Memang mereka tu geng auto tune tapi orang akan tahu bila orang guna auto tune sebab dia akan bunyi pelik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fazura teruk dikecam netizen gara-gara nyanyian secara langsung untuk single terbaharunya dikatakan sumbang dan tidak mempunyai ton suara yang merdu.