Suami Terkejut Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah, Insiden Tragik Buat Anak-Anak

Suami Terkejut Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah, Insiden Tragik Buat Anak-Anak

Suami kepada pelakon Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse terkejut mendapat tahu isterinya membawa lelaki tidak dikenali ke dalam rumah.

Memetik mStar Online, Zackery berkata di pagi raya itu dia meminta anak-anak untuk beraya dengan ibu mereka namun melihat keadaan tersebut menjadi insiden tragik buat mereka.

BACA: “Nak Ada Kawan Pun Tak Boleh” – Zahnita Jawab Dakwaan Bawa Lelaki Masuk Rumah

“Ia berlaku di pagi raya, hanya Tuhan saja tahu perasaan anak-anak ketika itu. Saya suruh anak-anak pergi beraya dengan ibu mereka, tapi bila ada orang lain disana, anak-anak pun mengeluh.

“Saya mahukan bendera putih pada hari raya dan berhenti bergauh seketika, tapi perkara itu jadi insiden tragik buat anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Zackery berkata dia reda apabila diterus dikecam di media sosial serta memaafkan netizen kerana tidak tahu perkara sebenar.

“Netizen boleh cakap apa merkea mahu, saya terpaksa maafkan sebab mereka tak tahu cerita sebenar dari pihak saya. Bukti saya semua disimpan untuk kemukakan di mahkamah dan biarkan mahkamah yang tentukan siapa betul dan salah,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top