Suami Selalu Puji Syasya Rizal Cantik Berhijab

Suami Selalu Puji Syasya Rizal Cantik Berhijab

Hampir setahun berhijab, penyanyi Syasya Rizal berkata suaminya memberi sokongan serta kekuatan kepadanya untuk dia terus semangat dan kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Memetik mStar Online, Syasya berkata suaminya, Nasrullah Mohd Sapie sering memujinya cantik bertudung serta berkongsikan stail tudung untuk digayakan.

BACA: Dituduh Hamil Sebelum Kahwin, Syasya Rizal Ajak Netizen Jumpa Di Padang Mahsyar

“Kalau kita sentiasa positif dalam hidup, Insya Allah apa saja kita lakukan akan mendapat berkat. Sokongan keluarga memang penting tapi diri sendiri juga perlu berusaha agar tidak tersasar dengan niat asal,” katanya.

Sementara itu, Syasya berkata meskipun sudah berhijab namun ianya bukan penghalang untuk dia kembali aktif dalam dunia seni sebaliknya dia perlu bijak untuk menerima tawaran.

“Jadi apa-apa projek yang ingin dilakukan selepas ini, saya akan fokus kepada diri saya yang sebenar. Imej Syasya Rizal yang baru. Alhamdulillah saya selesa,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top