“Suami Saya Ada Di Situ” – Kak KM Mohon Maaf Isu Berpelukan Dengan Saiful Apek | Oh! Media

“Suami Saya Ada Di Situ” – Kak KM Mohon Maaf Isu Berpelukan Dengan Saiful Apek | Oh! Media

Tular baru-baru ini satu video yang memperlihatkan pempengaruh terkenal, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, berpelukan dengan pelawak tersohor Saiful Apek di sebuah majlis.

BACA: Saiful Apek Selamba Peluk Pinggang Kak KM, PU Syed Tampil Beri Teguran

Kejadian itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen.

“Saya minta maaf, itu memang kesilapan saya” – Kak KM

kak km

Memetik laporan Gempak, Kak KM tampil memberi penjelasan dan mengakui kejadian berlaku secara spontan kerana terlalu teruja untuk bergambar.

Jelasnya, apabila seseorang mahu bergambar, secara automatik mereka akan menarik orang di sebelah, tanpa niat buruk.

Namun, Kak KM mengakui kesilapannya dalam membiarkan Saiful Apek memegang pinggangnya dalam video tersebut.

Saya betul-betul nak minta maaf. Ini memang kesilapan saya sendiri sebab dalam video itu, abang Saiful Apek kelihatan memegang pinggang saya. Memang perkara itu tidak betul.

Katanya, walaupun kesilapan tidak disengajakan, ianya tetap salah dan dia memohon maaf. Tambahnya, suaminya berada di tempat kejadian dan menyaksikan segalanya.

Suami ada di tempat kejadian

kak km

Suami saya ada di situ, bukanlah dia membiarkan sahaja. Kalau orang luar berada di tempat kejadian, mereka pasti akan faham situasi itu. Kami semua hanya bergurau seperti adik dan abang. Suami saya tahu dan dia sendiri tidak menganggap perkara itu keterlaluan. Lagi pula, Saiful Apek sangat menghormati mak saya dan suami saya.

Kak KM juga menerima teguran yang diberikan oleh orang ramai dan mengakui bahawa manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Namun, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini menekankan kesilapan berlaku secara tidak sengaja dan spontan seperti abang dan adik.

#ApaKataOhmedia

Sebagai seorang yang dikenali ramai, setiap tindak tanduk semestinya menjadi buah mulut orang. Teguran yang diberikan netizen untuk menjadikan kita seseorang yang lebih baik betul tak? Diharapkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.


Scroll to Top