Suami naik angin, pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua

Suami naik angin, pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua
Suami naik angin, pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua

Seorang lelaki diberkas polis selepas memukul isterinya yang meminta mereka berpindah dari rumah mentua.

MEDAN – Seorang lelaki diberkas polis selepas memukul isterinya yang meminta mereka berpindah dari rumah mentua.

Tindakan itu dilakukan Arga, 34, di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia setelah dia tidak berpuas hati dengan permintaan mangsa.

Kasat Reskrim Polres Pelabuhan Belawan, AKP Riffi Noor Faizal berkata, kejadian itu berlaku di Kelurahan Rengas Pulau, Kecamatan Medan Marelan pada 9 Januari manakala penahanan pelaku dibuat pada Jumaat lalu.

“Dia ditahan selepas pihak berkuasa menerima laporan isterinya sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelaku naik angin setelah mangsa mengajaknya tinggal di rumah sewa.

“Isterinya berkeras mahu berpindah segera, namun pelaku menjadikan wang sebagai alasan hingga kedua-duanya bertengkar.

“Mangsa kemudiannya meninggalkan rumah mentuanya sebelum ditemui suaminya di Jalan Speksi, Kelurahan Rengas Pulau. Di lokasi itu, dia bertindak memukul korban beberapa kali dan terus mengasarinya setelah tiba di rumah keluarganya,” jelasnya lagi.

Mangsa yang berang diperlakukan sedemikian melaporkan perbuatan pelaku di Polres Pelabuhan Belawan dan tangkapan dibuat berdasarkan sejumlah bukti.

Tambahnya, pelaku mengakui perbuatan tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadapnya. – Agensi

Scroll to Top