Sepasang suami isteri tidak dapat menahan sebak apabila melihat jasad anak mereka yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Elite, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai di laman Facebooknya, kejadian dipercayai berlaku ketika Allahyarham Zafrul Ilham Mohd Zaki, 21, dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.
Maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat jasad Zafrul Ilham selesai dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam.
Apa yang menyayat hati, ibu bapa serta adik beradik arwah tidak dapat menahan sebak apabila menatap buat kali terakhir insan tersayangnya itu.
Artikel lain: Lelaki hadiahkan pasangan ‘kek duit’, hargai isteri bertarung nyawa lahirkan anak kembar 3
Maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Netizen turut sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak atas pemergian insan tersayang keluarga itu tambahan pula, bukan mudah untuk menempuh ujian kehilangan anak sulung yang selama ini menjadi semangat buat ibu bapa.
Salam takziah buat ahli keluarga
Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar keluarga tersebut terus kuat dalam mengharungi dugaan.
Sumber: Facebook @Mr Wan Cai Official