DUNGUN: Seorang peniaga ayam dan isterinya maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyata Innova di Kilometer 68, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Tanjung Jara, di sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Abdika Razali dan isterinya, Rabiatuladawiah Saufi, masing-masing berusia 36 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di kepala dan badan.
Difahamkan, ketika kejadian kedua-kedua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas menghadiri program perhimpunan motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu.Ā
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Innova dipandu seorang warganegara China berusia 34 tahun tiba-tiba keluar dari simpang tersebut menghala ke arah Kuala Terengganu.Ā
āMangsa yang menunggang motosikal jenis Aprilia RSV4 yang datang dari arah Kuala Terengganu gagal mengelak kenderaan tersebut lalu melanggar sisi sebelah kanan MPV itu,ā katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Baharudin berkata, mayat kedua-kedua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ā UTUSAN