Suami isteri antara tiga maut dua kenderaan bertembung

Suami isteri antara tiga maut dua kenderaan bertembung

KUALA TERENGGANU –  Sepasang suami isteri antara tiga yang maut selepas dua buah kenderaan bertembung dalam nahas di Jalan Mengabang Lekor Batu Rakit dekat Kuala Nerus, pada 9.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komissioner Azli Mohd Noor berkata,  dua penumpang wanita di dalam kenderaan berasingan membabitkan Proton Wira dan Nissan Navara disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.

Mangsa yang maut ialah Nur Mimi Aliya Mohd Shukri, 18, dan Zaini  Ambak, 46 tahun.

Manakala memandu Proton Wira, Muhammad Iqwan Ahmad Izeham, 23, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Nur Mimi Aliya dan Muhammad Iqwan adalah pasangan suami isteri.

Pemandu Nissan Navara suami kepada Zaini pula mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HSNZ Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku semasa kereta dari arah Setiu menghala ke arah Bandar Kuala Terengganu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Navara dari arah Pasar Malam Pak Tuyu menghala ke Penarik.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

 

Scroll to Top