Suami ‘dirasuk buaya’ selepas pukul isteri

Suami ‘dirasuk buaya’ selepas pukul isteri
Suami ‘dirasuk buaya’ selepas pukul isteri

Lelaki itu merangkak seperti buaya di depan rumahnya. Foto Agensi

MAKASSAR – Seorang isteri menarik semula laporan tentang dipukul suaminya selepas lelaki itu mengalami ‘kerasukan buaya’ ketika polis mahu menahannya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Polis Daerah Manggala, Aipda Rijal, semasa mereka tiba di rumah lelaki itu di Kelurahan Manggala pada Ahad lalu, mangsa menunjukkan tingkah laku seperti dirasuk.

“Lelaki itu merangkak seperti buaya di depan rumahnya sambil membawa pisau dan bercakap seorang diri,” katanya kepada wartawan pada Isnin.

Pada awalnya, kata polis, wanita itu didakwa dipukul suaminya namun setelah melihat keadaan lelaki seakan dirasuk, mungkin perbuatannya tidak sengaja dan tiada niat.

“Akibat insiden itu dia menarik semula laporan dan percaya bahawa suaminya memukul dalam keadaan tidak sedar (akibat dirasuk),” katanya lagi.

Polis dalam pada itu telah menenangkan lelaki berkenaan sebelum beredar dan siasatan lanjut akan dilaksanakan berhubung insiden terbabit. – Agensi

Scroll to Top