Suami Datang Lamar Bawa ‘Resume’, Banyak Persamaan Dengan Arwah Suhaimi Saad

Suami Datang Lamar Bawa ‘Resume’, Banyak Persamaan Dengan Arwah Suhaimi Saad

Penyanyi Ina Naim berkata dia terbuka hati untuk menerima Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor sebagai suami kerana lelaki itu memiliki banyak persamaan dengan Allahyarham Suhaimi Saad.

Memetik mStar Online, Ina berkata Khairul merupakan seorang lelaki yang penyabar dan penyayang serta mampu menyenangi hati anak-anaknya.

“Saya lihat dia menghantar mesej dengan anak-anak saya dan respon anak-anak saya juga baik, mudah untuk menerima apa yang Khairul ajar.

“Itulah yang dikatakan qada dan qadar. Rukun iman yang keenam. Kita tidak boleh tentukan nasib kehidupan kita macam mana. Sekarang ini saya sudah menjadi isteri kepada Khairul. Itu adalah takdir Allah, Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, penyanyi berusia 40 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kerana dia sudah kembali bergelar isteri dan terlepas daripada fitnah orang ramai.

Katanya lagi, memegang gelaran ibu tunggal terlalu berat dan keputusan untuk memilih Khairul sebagai suaminya juga bukan mudah dan agak lama dia membuat keputusan untuk bernikah lagi.

“Saya rasa bersyukur kerana terlepas daripada sebarang fitnah. Biasalah bila hidup sebagai ibu tunggal banyak fitnah di luar. Alhamdulillah, Allah selamatkan saya daripada fitnah-fitnah itu.

“Agak lama juga saya buat keputusan untuk bernikah lagi. Tapi bila dia datang bawa resume, saya terima keikhlasan yang ada pada dia.

“Keduanya, saya rasa dia boleh bantu saya untuk meneruskan perjuangan sebagai bapa untuk megajar anak-anak,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top