Suami bunuh isteri, duduk beberapa jam dengan mayat sebelum lapor polis

Suami bunuh isteri, duduk beberapa jam dengan mayat sebelum lapor polis
Suami bunuh isteri, duduk beberapa jam dengan mayat sebelum lapor polis

Suami duduk beberapa jam dengan mayat isterinya selepas membunuh mangsa sebelum membuat laporan polis keesokannya. – Gambar hiasan.

AGARTALA, INDIA – Seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa membunuh isterinya dan sempat menghabiskan masa beberapa jam dengan mayat terbabit sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Kejadian berlaku di rumahnya yang berada berhampiran kawasan balai polis Amtali di daerah Tripura Barat dan ia dipercayai tercetus akibat perselisihan faham serta konflik keluarga.

Pegawai polis berkata, suspek, Shyamal Das dipercayai bertengkar dengan isterinya, Swapna sebelum bertindak memukul mangsa dengan objek tumpul lalu membunuhnya di kediaman mereka pada malam Isnin lalu.

“Si suami menghabiskan beberapa jam dengan mayat di dalam rumah, kemudian berjalan ke balai polis untuk melaporkan jenayahnya sendiri pada Selasa.

“Kira-kira jam 1.20 petang, suspek masuk ke balai polis dan mendakwa isterinya terbaring berlumuran darah di dalam rumah.

“Pasukan polis pergi ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa,” katanya pada Rabu.

Bagaimanapun, Shyamal kemudiannya ditahan serta-merta susulan dakwaan membunuh isterinya sendiri.

Pasukan polis sudah menghantar mayat untuk pemeriksaan post-mortem dan memulakan siasatan lanjut.

Scroll to Top