Suami Bangga Kongsi Status Kembali Bujang, Hati Isteri Along Cham Remuk

Suami Bangga Kongsi Status Kembali Bujang, Hati Isteri Along Cham Remuk

Isteri kepada pelawak Along Cham mengakui terkejut apabila mengetahui suaminya memaklumkan menerusi Instagram bahawa urusan berkenaan mahkamah syariah sudah pun selesai.

Memetik mStar Online, Afreena Suhaimi bagaimanapun berkata dia tidak terima sebarang makluman mengenai urusan membabitkan rumah tangga mereka daripada pihak mahkamah.

BACA: Selesai Urusan Di Mahkamah Syariah, Along Cham Beri Bayangan Kembali Bujang

Afreena juga berkata hatinya remuk apabila memuat naik hantar seolah memberi bayangan bahawa dia sudah kembali bujang.

“Saya tak terima sebarang makluman dari mahkamah syariah. Apa yang saya tahu sepatutnya perkara ini melibatkan dua pihak. 

“Mana mana dia boleh kata bujang sedangkan mahkamah tak panggil saya? Saya terkejut bila dapat tahu perkara ini. Hati saya remuk dan hancur. Saya tak tahu apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Afreena berkata dia pernah mengubungi Along untuk berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka namun tidak berhasil.

“Saya ada hubungi Along dan bercakap secara baik untuk pujuk dia. Siapa yang kahwin untuk bercerai? Sekarang ini apa yang saya tahu, status saya masih lagi isterinya,” katanya.

Perkongsian Along menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan sudah kembali solo selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga apabila memaklum urusan di mahkamah syariah dipercayai berkaitan isu rumah tangganya sudah pun selesai.

Bagaimanapun, pelawak itu tidak berkongsi lanjut sama ada selesai urusan memfailakn lafaz taktil atau sudah bercerai dengan isterinya, Afreena Suhaimi.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top