Suaella dipecat komen polis berlembut dengan peserta pro Palestin di London

Suaella dipecat komen polis berlembut dengan peserta pro Palestin di London

LONDON – Setiausaha Dalam Negeri Britain Suella Braverman dipecat kerana campurtangan dalam urusan polis negara itu berhubung perarakan pro Palestin Sabtu lalu.

Perdana Menteri Rishi Sunak membuat keputusan memecat Braverman hari ini.

Beliau sebelum ini menyelar tindakan Polis Metropolitan yang mengendalikan protes pro Palestin pada Armistice Day yang didakwa terlalu berlembut dan pilih kasih.

Braverman turut mengingkari arahan Sunak dengan menerbitkan artikel kontroversi minggu lalu di mana beliau menuduh polis berat sebelah – tanpa mendapat kebenaran,

Sumber memaklumkan Perdana Menteri “meminta Suella Braverman meninggalkan Kerajaan dan beliau menerimanya”.

Sunak yang memimpin parti Konservatif sedang melakukan rombakan yang lebih luas untuk “menguatkan pasukannya dalam Kerajaan bagi mencapai keputusan jangka panjang untuk masa depan yang lebih cerah”.

Perhimpunan pro Palestin di London Sabtu lalu merupakan yang terbesar diadakan dengan lebih 300,000 orang mengambil bahagian mengutuk serangan Israel di wilayah Gaza yang telah mengorbankan lebih 11,000 orang.-Agensi