
PASTIKAN produk yang mahu dibeli mempunyai sijil halal Malaysia atau logo halal yang diiktiraf oleh Jakim. -Foto: CANVA
PENGGUNA Muslim perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pembelian apabila berhadapan dengan produk yang tidak memaparkan logo halal Malaysia.
Meskipun perkara itu sering menimbulkan keraguan, ia tidaklah secara automatik menjadikan sesuatu produk tersebut haram secara total.
Penolong Pengarah Kanan, Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr Johari Ab Latiff menjelaskan, ketiadaan logo halal bukanlah bukti mutlak bahawa sesuatu produk itu haram atau tidak halal.

DR JOHARI
āTidak semestinya produk itu tidak halal sekiranya tidak mempunyai logo halal.
āBagaimanapun, sebagai pengguna Muslim, kita perlu lebih berhati-hati dalam menilai faktor-faktor tertentu sebelum membuat keputusan,ā katanya menerusi video sedutan media ketika menjadi panel dalam rancangan Mencari Yang Halal oleh Salam FM baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, produk yang memiliki pensijilan halal Jakim dan badan pensijilan yang diiktiraf jabatan itu adalah lebih diyakini kerana telah melalui proses pengesahan menyeluruh.
āIa telah dijamin dari sudut kehalalannya melalui satu proses yang pada saya cukup teliti, panjang dan berintegriti,ā ungkapnya.
Setakat 25 Februari lalu, Jakim mengiktiraf 85 badan pensijilan halal asing dari 47 buah negara yang mana semua badan itu menjalani proses pemantauan berterusan dan mesti memenuhi standard halal Malaysia.
Ia boleh disemak menerusi portal www.myehalal.halal.gov.my.