SPRM reman pegawai eksekutif kanan Able Global mudahkan siasatan

SPRM reman pegawai eksekutif kanan Able Global mudahkan siasatan

Kuala Lumpur: Able Global Bhd mengesahkan pegawai eksekutif kanan syarikat itu direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengilang tenusu dan pembuat tin menjelaskan reman itu bertujuan memudahkan siasatan yang dijalankan berkaitan dengan urusan syarikat persendirian.

“Dalam tempoh siasatan itu, syarikat ini dan warga kerja kekal komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memudahkan penyelesaian yang cepat dan cekap,” menurut Able Global dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Able Global juga mengulangi komitmen pihaknya untuk mendukung piawaian integriti dan tadbir urus korporat tertinggi dan akan terus beroperasi seperti biasa, memastikan kesinambungan perniagaan di samping mematuhi nilai terasnya iaitu ketelusan dan akauntabiliti.

Semalam, Able Global memaklumkan siasatan itu berkaitan dengan syarikat persendirian dan tidak mempunyai hubung kait dengan Able Global atau syarikat-syarikat kumpulan.

Pada 4.56 petang, saham Able Global meningkat lima sen kepada RM1.58 daripada RM1.53 ketika ditutup semalam, dengan 11.39 juta saham bertukar tangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top