“Spesis pakai baju Melayu ketat jangan datang beraya rumah aku” – Azhan Rani

“Spesis pakai baju Melayu ketat jangan datang beraya rumah aku” – Azhan Rani

Pelakon Azhan Rani menegaskan golongan yang gemar memakai baju Melayu dengan rekaan ketat tidak dibenarkan sama sekali untuk datang ke rumahnya untuk menyambut Hari Raya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 47 tahun itu, dia turut memberikan contoh penampilan ketat baju Melayu kepada para pengikutnya di media sosial sebagai rujukan.

Selain tidak membenarkan golongan tersebut datang ke rumahnya untuk beraya, aktor tersebut juga memberi pilihan lain dengan memastikan mereka berada sekurang-kurangnya dalam radius 10 kilometer dari kediamannya telah membuatkan ramai geli hati.

“Semoga spesis baju Melayu ketat-ketat ini jangan singgah rumah aku raya atau pastikan berada sekurang-kurangnya dalam radius 10 kilometer dari rumah aku,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan hantaran yang dikongsikan oleh pelakon kelahiran Selangor tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azhan kerana sejak kebelakangan ini, ada sahaja fesyen tidak masuk akal yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Terdahulu, penyanyi, pelakon dan pengacara, Jaafar Onn meluahkan rasa kecewa apabila melihat segelintir bangsa Melayu yang seolah-olah merendahkan pakaian baju melayu dengan menggayakannya ke arah mencolok mata.

Malah, penyanyi kelahiran Johor itu menyifatkan berkemungkinan golongan tersebut sudah tidak mempunyai otak atau manusia yang kurang berfikiran waras.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan penampilan ketat bersama individu lain sehingga mencetuskan kritikan ramai.

Sumber: Instagram @Azhan_Rani

Scroll to Top