Sophia Albarakbah Mohon Maaf, Janji Lebih Berhati-Hati Pilih Pakaian | Oh! Media

Sophia Albarakbah Mohon Maaf, Janji Lebih Berhati-Hati Pilih Pakaian | Oh! Media

Sebelum ni, Ohmedia ada kongsi satu artikel tentang pemakaian pelakon terkenal, Sophia Albarakbah yang sekali lagi dikecam netizen sebab terlalu terdedah.

Sophia yang sedar dengan kecaman itu hanya mampu mengucapkan erima kasih kepada netizen yang prihatin dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian selepas ini.

Sophia Albarakbah dapat tahu diri kena kecam selepas diberitahu seseorang…

Menurut Sophia, dia tidak mengetahui isu tersebut sehingga diberitahu oleh seseorang. Pakaian yang menjadi perhatian itu sebenarnya adalah hasil tajaan.

Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa pasal isu ini sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju yang ditaja.

Terima kasih kepada semua yang prihatin mengenai penampilan saya. Doakan yang terbaik, saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian.- Katanya.

Sebelum ini, Sophia dikecam hebat selepas menggayakan busana hitam yang menampakkan lurah payu daranya dalam sebuah acara fesyen. Penampilannya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Sophia Albarakbah sedia berdepan dengan kecaman…

Sophia juga mengakui bahawa sebagai figura awam, dia tidak dapat mengelak daripada kecaman.

Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang. Ia bukan sesuatu yang baru, malah nanti akan ada lagi orang bercakap mengenai saya. Saya tahu sebagai ‘public figure’, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini.

Saya tidak rasa saya sengaja cetuskan kontroversi. Saya hidup macam biasa saja tetapi orang yang memilih untuk bercakap mengenai saya.- Tambahnya.

BACA: Penampilan ‘Berani’ Sophia Albarakbah Undang Kritikan Netizen


Scroll to Top