Sophia Albarakbah bercinta dengan kawan baik

Sophia Albarakbah bercinta dengan kawan baik

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Sophia Albarakbah, 32, mengakui sudah memiliki teman istimewa iaitu kawan baiknya sendiri yang sudah dikenali sejak 2011.

Sophia berkata, apa yang penting hubungan mereka juga direstui keluarga kedua belah pihak.

“Kami sudah berkawan selama 14 tahun dan masih dalam fasa mengenali hati budi lagi untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Sebagai anak, saya mencari calon suami yang direstui ibu bapa saya,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwinan, Sophia berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin buat masa ini.

“Pada usia sekarang, memang saya sudah bersedia nak kahwin tapi tidak mahu tergesa-gesa ke arah itu.

“Dia dan keluarga juga cukup memahami dan tiada tekanan pun untuk saya segera berkahwin.

“Sebelum ini, saya juga pernah beritahu sasaran usia nak kahwin sebelum 36 tahun kerana saya juga mahu fokus pada karier dulu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top