Snek On-The-Go enak dan sihat! The Laughing Cow lancar Cheez Dippers berperisa buah baharu

Snek On-The-Go enak dan sihat! The Laughing Cow lancar Cheez Dippers berperisa buah baharu

Mahukan snek enak dan berkhasiat untuk dijadikan makanan kegemaran yang baru? Haa tak perlu cari lagi, jom berkenalan dengan snek terbaharu dari jenama keju terkemuka dunia, The Laughing Cow.

The Laughing Cow lancar Cheez Dippers

Jenama tersebut menggegarkan dunia kudapan dengan melancarkan produk pertama seumpamanya iaitu The Laughing Cow Cheez Dippers.

The Laughing Cow

The Laughing Cow Cheez Dippers menyediakan pengalaman kudapan yang mudah dan menyeronokkan dengan menggabungkan biskut jejari (breadsticks) bersama keju berkrim.

Ditawarkan dalam dua perisa iaitu Strawberi dan Beri Biru, snek baharu ini adalah susulan kejayaan sajian dip keju asli The Laughing Cow, memberikan kegembiraan ketika menikmati snek.

Pengurus Besar Asia Tenggara, Alamjit Singh Sekhon berkata, pihaknya tekad bagi menyediakan produk makanan ringan yang mudah didapati, enak dan berkhasiat, selaras dengan falsafah ‘Demi kebaikan untuk semua’.

The Laughing Cow

“Rangkaian produk kami memenuhi segenap keperluan pelanggan dan keju The Laughing Cow adalah sajian berkhasiat yang memberikan keriangan.
“Ia dihasilkan daripada ramuan tenusu berkualiti tinggi di kilang-kilang Bel di seluruh dunia,” katanya.

Ia melangkaui keenakan rasa, ia satu pilihan sihat yang memaparkan warna-warna semula jadi diekstrak daripada buahan sebenar selain keju daripada susu lembu.

Artikel lain: Kerepek yang boleh penuhi segala keinginan korang! Tak boleh beli, tapi boleh dapatkan di sini

Dengan pasaran snek di Asia Tenggara yang dianjurkan bernilai lebih $5 bilion menjelang tahun 2029, Cheez Dippers ini dijangka akan menarik minat pelanggan yang mementingkan kesihatan.

Dalam pada itu, Cheez Dippers juga disediakan untuk memudahkan pengguna dengan setiap produk dipek rapi secara individu yang disajikan sempurna untuk memuaskan selera serta memberikan senyuman sepanjang hari.

The Laughing Cow

“Pelancaran ini menekankan komitmen jenama The Laughing Cow untuk menjadi peneraju inovatif dalam industri snek sihat.
“Di peringkat global, Bel menawarkan pilihan produk yang meluas dan kami akan terus memperkenalkan produk-produk relevan yang bersesuaian dengan pasaran.
“Kami berhasrat untuk memacu pertumbuhan perniagaan di Asia Tenggara dengan memperkukuhkan lagi kehadiran di rantau ini, di samping memenuhi permintaan kukuh pasaran terhadap snek-snek inovatif kami,” ujarnya.

Cheez Dippers yang berkhasiat dan lazat ini boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negara mulai 2024! Untuk maklumat lanjut berkenaan Bel Groupe dan rangkaian Cheez Dippers, boleh layari laman http://thelaughingcow-sea.com/ms/.