”Sky Akan Balik Ke Jepun” – Ridzokumura Buat Keputusan Ini Sekiranya Dia ‘Pergi’ Dulu | Oh! Media

”Sky Akan Balik Ke Jepun” – Ridzokumura Buat Keputusan Ini Sekiranya Dia ‘Pergi’ Dulu | Oh! Media

Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap isterinya, Allahyarham Aishah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Akiko Okumura.

Dalam satu perkongsian di Tiktok, Ridzuan memuat naik video kenangan bersama arwah ketika mereka bersiaran langsung dan mengakui masih belum cukup kuat untuk menerima kehilangan insan tersayangnya itu.

Maaf saya tak tahu nak tutup rambut arwah tapi ini semua memori saya. Saya terlalu rindukan arwah. 

Al-Fatihah buat insan yang saya terlalu cinta. Allah bagi saya pinjam 16 tahun, tapi saya tahu arwah tahu saya terlalu sayangkan dia dan Sky.

Ridzokumura risaukan masa depan anak, Sky

Sky Ridzokumura pakar

Dalam luahan yang penuh emosi, Ridzuan turut menyuarakan kebimbangannya terhadap masa depan anak mereka, Sky. 

Dia sudah membuat persiapan untuk memastikan anaknya mendapat penjagaan terbaik jika sesuatu terjadi kepadanya.

Saya tahu arwah 100% sayangkan saya dan Sky. Saya tak kuat. Kalau saya tak ada, siapa lah nak jaga Sky?

Saya pun tak tahu ajal saya bila. Kalau saya pergi dulu, saya dah buat keputusan Sky akan balik ke Jepun bersama opahnya dan pakciknya di Jepun.

Netizen sebak dan beri sokongan

ridzokumura

Perkongsian Ridzokumura itu mendapat perhatian ramai yang turut bersedih dengan kehilangannya. Kalau korang tengok ruangan, ramai netizen yang berikan kata-kata semangat dan doa agar dia terus kuat membesarkan Sky meskipun tanpa isteri di sisi.

#ApaKataOhmedia

Kehilangan orang tersayang memang bukan sesuatu yang mudah. Semoga Ridzuan terus kuat untuk membesarkan Sky dengan penuh kasih sayang. Hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada bersama kita.


Scroll to Top