Siti Nurhaliza hampir ‘hilang nyawa’ lahirkan Aafiyah

Siti Nurhaliza hampir ‘hilang nyawa’ lahirkan Aafiyah

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan, beliau bertarung nyawa ketika melahirkan cahaya pertamanya Siti Aafiyah Khalid kira-kira enam tahun lalu.

Tanpa mengulas lanjut beliau berkata pernah mengalami komplikasi ketika proses bersalin.

“Perkara ini saya tidak kongsikan sebelum ini dengan mana-mana.

“Saya (pernah) hadapi komplikasi selepas bersalin pertama kali. Tapi Allah selamatkan saya dan saya ambil keputusan untuk sekali lagi melahirkan selepas itu,” katanya ketika majlis perasmian pembukaan cawangan baharu Alhaya Fertility Centre yang berlangsung di KPJ Damansara.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Pengarah Urusan urusan Alpha IVF Group Berhad, Datuk Dr. Colin Lee.

Mengulas lanjut Siti Nurhaliza berkata beliau menjadikan Tunku Azizah sebagai contoh untuk berjuang mendapatkan zuriat.

“Sebagai pejuang rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF), saya betul-betul  ambil semangat Tengku Ampuan untuk tidak mengalah walaupun hampir hilang nyawa,” katanya lagi.

Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 2006.

Pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama Siti Aafiyah selepas 11 tahun.

Kemudian anak lelakinya, Muhammad Afwa lahir pada 19 April 2021.

Sementara itu, Dr. Colin berkata Siti Nurhaliza sebagai sosok selebriti dan contoh prosea IVF yang berjaya akan menyebarkan kesedaran rawatan kesuburan kepada masyarakat. -MalaysiaGazette