Siti Elizad diperli tiada anak? Ramai sakit hati dengar pemanggil radio mulut ‘laser’

Siti Elizad diperli tiada anak? Ramai sakit hati dengar pemanggil radio mulut ‘laser’

Umum mengetahui pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad tidak berputus asa menunggu kehadiran zuriat sehingga menjalani rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF).

Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok berhubung seorang pemanggil radio wanita yang didakwa telah memerli pelakon berusia 38 tahun itu mengenai soal cahaya mata.

Pengguna akaun TikTok, @eikazahalia berkongsi video itu daripada rakaman papan pemuka (dashcam) kereta miliknya yang mendengarkan perbualan individu tersebut bersama Elizad.

@eikazahalia

Membalas kepada @ibu.mikhaeel lps tu elizad terus tukar kepada ucapan.. semoga kak elizad terus tabah.. ❤️

♬ bunyi asal – Eika Zahalia – Eika Zahalia

Menerusi rakaman berdurasi seminit itu, kedengaran pemanggil berkenaan meluahkan rasa rindu terhadap Elizad sebelum secara tiba-tiba berbual tentang cahaya mata.

“Nak ambil gambar (dengan Elizad).. Kak Elizad, kesian.. takpe ramai orang takde anak,” katanya dengan nada seolah-olah berbunyi sindiran.
@eikazahalia

mula2 rancak borak lpstu terus ckp pasal anak. wehhhh aku mcm errrr apa ni wehh.. bagi aku benda ni sensitif kot 😭

♬ Middle of the night x Carol of the bells – ᴍᴀꜱ F

Tidak cepat melatah, pelakon drama Hati Yang Dikhianati hanya mengiyakan sebelum memberi laluan kepada pemanggil terbabit untuk meninggalkan ucapan dipercayai ketika segmen petang Duo SINAR.

Berikutan itu, rata-rata netizen mendakwa pemanggil bernama Shima itu sengaja menyentuh soal zuriat sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, ramai turut tidak berpuas hati dengan menyifattkan pemanggil tersebut tidak sensitif selain meminta dia memohon maaf kepada Elizad.

Terdahulu, Elizad mengumumkan dirinya berundur dari segmen petang yang dikendalikan bersama Hefny Sahad bagi menjayakan Pagi Di Sinar bersama Jep, Rahim dan Angah.

Untuk rekod, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin berkahwin dengan Shamsul Baharin Abdul Rahman yang juga duda anak dua pada 11 Januari 2015.

Sumber: TikTok @eikazahalia , Instagram Siti Elizad

Scroll to Top