Siti Aishah hilang sejak 31 Januari lalu

Siti Aishah hilang sejak 31 Januari lalu

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu.

Menurut kenyataan Facebook (FB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar memaklumkan, remaja terbabit, Siti Aishah Azlan Shah, mempunyai ciri fizikal iaitu tinggi 170 sentimeter (sm) dan berat 70 kilogram (kg).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui di mana keberadaan remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat IPD Kota Setar 013-9630772 (Sarjan Syahidah).

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi talian hotline IPD Kota Setar 04-77472222 atau hotline Ibu Pejabat Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di talian 04-7741222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top