SimplySiti Lancar Produk Baharu & Kempen Ramadan Sejuta Kasih – Hijabista

SimplySiti Lancar Produk Baharu & Kempen Ramadan Sejuta Kasih – Hijabista

SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta Kasih dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri oleh tetamu kehormat, media, dan para pempengaruh.

Kredit Foto: officialsimplysiti

Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya Senior General Manager SimplySiti Sdn Bhd, Sherry Safrin Idris; dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nurjiwa, Datuk Zaizalnizam Zainun.

Pelancaran Produk Kecantikan Terbaharu

Dalam majlis ini, SimplySiti memperkenalkan rangkaian produk inovatif yang direka khas untuk memperkayakan rutin kecantikan antaranya Bio Ceramide Moisturiser, Bio Radiance Exfoliant Pad, Glossify Liquid Lipstick,Glamz Glow On Mini Makeup Set, dan Oud Blossom Body Lotion & Eau de Parfum.

Kredit Foto: officialsimplysiti

Kempen Sejuta Kasih Ramadan

Bersempena dengan bulan Ramadan, SimplySiti memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta Kasih yang menggalakkan pembelian sambil beramal.

Bagi setiap produk SimplySiti yang dibeli melalui semua platform atas talian, RM1 akan didermakan kepada Yayasan Nurjiwa untuk membantu mereka yang memerlukan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Kredit Foto: officialsimplysiti

Dengan slogan Sejuta Kasih, Sejuta Harapan, kempen ini mencerminkan komitmen SimplySiti dalam menyebarkan kebaikan kepada masyarakat sambil terus menawarkan produk kecantikan berkualiti tinggi.

Kredit Foto: officialsimplysiti

Selain itu, majlis ini turut memperkenalkan produk baharu daripada BeauSiti by SimplySiti iaitu Oat Me Up!, minuman berkhasiat yang direka khas untuk menyokong gaya hidup sihat sepanjang Ramadan dan membuatkan anda kenyang lebih lama.

Majlis Bermakna

Majlis ini turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif termasuk Sesi Menghias Hamper bersama pempengaruh, pembentangan eksklusif produk baharu, serta sesi minum petang santai yang mengeratkan hubungan antara pencinta kecantikan dan pemimpin industri.

Kredit Foto: officialsimplysiti

Majlis ini diselangi dengan simbolik pelancaran produk, kempen Ramadan Sejuta Kasih dan diakhiri dengan sesi fotografi bersama.

BACA JUGA: Anggun Dengan Gaun Merah Hati DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dipuji Nampak Lebih Muda Tak Macam 46 Tahun!

 

The post SimplySiti Lancar Produk Baharu & Kempen Ramadan Sejuta Kasih appeared first on Hijabista.

Scroll to Top