Simbol Kebebasan & Sindiran Tajam, Diana Danielle Bangkit Dengan Single ‘Raja Dusta’… Cerita Soal Hubungan Toksik

Simbol Kebebasan & Sindiran Tajam, Diana Danielle Bangkit Dengan Single ‘Raja Dusta’… Cerita Soal Hubungan Toksik

Pelakon dan penyanyi popular, Diana Danielle kini kembali mencuri perhatian selepas tampil dengan single  terbaharunya berjudul “Raja Dusta”.

‘Raja Dusta’ bukanlah sekadar naskhah hiburan tetapi juga sindiran tajam, semangat dan mesej kebebasan diri.

Kata Diana, lagu ini mewakili ‘suara’ kepada wanita dan lelaki yang pernah terperangkap dalam hubungan toksik dan janji palsu.

“Walaupun lagu ini terinspirasi daripada pengalaman sendiri, ia tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus. Ia tentang keberanian untuk melepaskan diri dan tidak lagi terpedaya dengan kata-kata manis,” katanya.

Dinyanyikan dari perspektif wanita, ‘Raja Dusta’ membawa mesej universal yang boleh dirasai semua pendengar.

Berkongsi lanjut, proses rakaman lagu ini menjadi lebih istimewa apabila buat pertama kali Diana bekerjasama dengan penerbit terkenal, John Jeeves.

Meskipun mengakui agak kekok ketika merakamnkan lagu tersebut,Diana bagaimanapun bersyukur dengan sokongan penuh daripada pasukannya, termasuk Universal Music dan kru produksi muzik video.

Penggambaran muzik video turut memberi cabaran menarik apabila melibatkan tarian dan penggambaran di pelbagai lokasi sekitar Palm Garden Hotel, Putrajaya.

“Saya harap lagu ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi menjadi anthem kepada mereka yang pernah melalui hubungan menyakitkan. Saya mahu orang nyanyi lagu ni dengan kuat, dengan semangat,” jelasnya.

Scroll to Top