“Silap i, percaya 100%..” – Usahawan minta ‘dilepaskan’, suami tenang buat umrah dulu

“Silap i, percaya 100%..” – Usahawan minta ‘dilepaskan’, suami tenang buat umrah dulu

Kemelut rumah tangga antara usahawan, Nur Amirah dan suaminya El Azman dilihat masih belum menemui noktahnya meskipun sudah beberapa hari menjadi perhatian warganet.

Terbaharu, El yang juga pengasas jenama Elrah Exclusive dipercayai berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya di sebuah lapangan terbang.

@elazman

Umrah #elrahexclusive #fyp #fypシ #fy

♬ Labaik Allahumma Labbaik (Talbiyah) – Shakir Khan Rahmani

Menerusi perkongsian beberapa InstaStory milik Nur Amirah pula, dia yang juga pempengaruh media sosial membuat luahan apa yang terbuku di hati yang berharap agar dirinya ‘dilepaskan’ oleh si suami.

Selain menyaran supaya tidak menggunakan lagi perkataan RAH dipercayai singkatan namanya bagi jenama bisnes tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak lupa mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada suaminya.

Meninjau ke ruangan komen video TikTok berkenaan, ramai menyifatkan lelaki terbabit seolah-olah tiada rasa bersalah selepas didakwa tergamak membuang nama isterinya dari syarikat yang diusahakan bersama.

Namun, ada juga segelintir netizen berharap agar El atau nama penuhnya Muhd Hilmi Che Azman memperbanyakkan doa di Tanah Suci sekali gus dapat menemui jalan bagi menyelesaikan masalah yang melanda.

Terdahulu, Nur Amirah atau mesra dipanggil Kak Migha melakukan pendedahan menerusi IG Live mendakwa namanya dibuang dari syarikat selepas meminta untuk berpisah.

Sumber: TikTok @elazman , Instagram Nur Amirah