Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official, membidas kenyataan media yang dikeluarkan pihak Hospital Bersalin Razif.
BACA: Viral Bayi Dibekukan 16 Hari, Ini Penjelasan Hospital Bersalin Razif
Salah satu dakwaan yang dibuat pihak hospital mengatakan pesakit mengaku belum berkahwin. Namun menurut Wan Cai, dia sudah melihat sendiri sijil nikah original ibu dan bapa bayi berkenaan.
Wan Cai sudah lihat sendiri sijil nikah
Seperti yang kami sudah jangka pihak di sana akan manipulasi kenyataan untuk tutup salah laku menahan baby Adham selama dua minggu. Sijil nikah ori kami dah lihat depan-depan. Salinan sijil nikah mereka pun kami ada. Plot twist doktor tak jadi.
Pengasas badan amal ini berkata, dia juga mempunyai saksi mata di mana dia cuba menuntut bayi Adham selepas membayar sebahagian bil berjumlah RM663.
Staf di kaunter didakwa tak benarkan bayi dituntut, kena bayar penuh
Namun, staf wanita di kaunter hospital didakwa tidak membenarkan bayi diambil selagi bayaran penuh tidak dibuat.
Dalam hantaran lain, Wan Cai turut menyertakan bukti resit pembayaran berjumlah RM663 yang dibuat pada 7 Disember 2024.
Jumlah RM663 tersebut adalah hasil sumbangan rakan-rakan sekerja si bapa yang hadir sendiri ke hospital untuk membuat pembayaran.