Sidang Dun Kelantan diadakan November ini

Sidang Dun Kelantan diadakan November ini

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan akan diadakan pada hujung November ini bagi membentangkan Belanjawan 2025.

Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, persidangan itu sedikit lewat berbanding tarikh asal pada akhir bulan depan.

“Disebabkan tarikh bulan depan bertembung dengan Persidangan Majlis Raja-Raja, maka kita setuju untuk pinda tarikh kepada akhir November.

“Persidangan kali ini akan berlangsung selama lima hari di mana hari pertama akan dibentangkan Belanjawan 2025 dan empat hari lagi adalah untuk perbahasan.

“Pada hari pertama juga akan diadakan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri yang baharu, selain pelantikan senator baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Istiadat Pengurniaan Penghormatan Kebesaran Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-55 di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top