Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli, sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan gaya santainya di media sosial dengan ‘mengusik’ YB Syed Saddiq.
BACA: Lepas Tawan Puncak Gunung Kinabalu, Netizen Cabar Syed Saddiq Kahwini Bella Astillah Pula
Dalam satu posting terbarunya, beliau memuji keperibadian YB Syed Saddiq yang disifatkan sebagai anak muda yang baik dan beradab, sambil mendoakan segala urusannya dalam menjaga kebajikan rakyat Muar.
Dr. Zulkifli puji keperibadian YB Syed Saddiq
![Dr. Zulkifli dan Syed Saddiq](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-6147938869396488006-386x600.jpg)
Anak muda yang baik dan beradab. Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar. Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik.
Namun, apa yang lebih menarik adalah usikan ‘nakal’ yang ditinggalkan Dr. Zulkifli dalam hantarannya.
Mengaitkan nama Syed Saddiq yang kini hangat diperkatakan netizen selepas kontennya bersama artis jelita, Bella Astillah, Dr. Zulkifli sempat mengingatkan sesuatu yang lebih manis daripada manifesto.
Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada ‘janji’ yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen! – Tambahnya lagi
Dr. Zulkifli beri bayangan YB Syed Saddiq bakal berkahwin?
Ayat tersebut ternyata mengundang gelak tawa netizen yang rata-ratanya sporting menyokong ‘ship’ antara YB Syed Saddiq dan Bella. Lebih lucu, beliau turut menambah lagi di ruangan komen:
![Dr. Zulkifli](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-6147938869396488008-1-1000x216.jpg)
Untuk yang masih tertanya-tanya, Syed Saddiq dan Bella baru-baru ini membuat konten mendaki Gunung Kinabalu sambil mengenakan pakaian tradisional Malaysia. Gabungan dua figura ini nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai.
![syed saddiq](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/01/ohmedia-syed-saddiq-2-1000x563.jpg)
Dengan ribuan komen netizen yang terhibur dan menyokong ‘gabungan’ ini, siapa tahu, mungkin ada ‘manifesto’ baru yang bakal tercipta? Apa pun, kita doakan yang terbaik!
![Dr. Zulkifli](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-6145253801871919551-334x600.jpg)
#ApaKataOhmedia
Untuk cerita kalini, Ohmedia pun ‘ship’ jika YB dan Bella dijodohkan, lagi cepat lagi bagus, sedondon sangat, bagai pinang dibelah dua! Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat mereka dan terima kasih Dr. Zulkifli atas ‘usikan’ tapi penuh dengan nasihat.
![“Sibuk- Sibuk Berpolitik, Ada ‘Janji’ Yang Lebih Manis Daripada Manifesto” – Dr. Zulkifli ‘Usik’ Syed Saddiq | Oh! Media “Sibuk- Sibuk Berpolitik, Ada ‘Janji’ Yang Lebih Manis Daripada Manifesto” – Dr. Zulkifli ‘Usik’ Syed Saddiq | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-copy-of-untitled-design-11-1000x600.jpg)